KUALA LUMPUR, 7 Sep: Seorang pelajar wanita di Universiti Putra Malaysia nekad mengejar dan melanggar motosikal peragut yang meragut beg tangannya dalam kejadian pada Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias, pelajar yang berusia 21 tahun itu sedang menaiki motosikal bersama rakannya ketika dia diragut.
Dia kemudian mengejar motosikal yang dinaiki dua peragut sejah kira-kira dua kilometer bermula di hadapan pintu masuk utama UPM.
"Oleh kerana terlalu geram dengan tindakan penjenayah itu, penuntut universiti itu bertindak melanggar motosikal yang dinaiki dua lelaki berkenaan dari arah belakang sebelum kesemua mereka terjatuh di kawasan berhampiran Flat Ikan, Sri Serdang.
"Dua pelajar itu kemudiannya menjerit meminta pertolongan dan dua lelaki berkenaan berjaya diberkas anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan tersebut," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Difahamkan, kedua-dua peragut cedera dan salah seorang darinya patah kaki.
Pelajar wanita dan rakannya juga dilaporkan cedera dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke wad.
Megat berkata dua peragut berusia 25 dan 27 tahun itu didapati mempunyai kes jenayah lampau berkaitan dadah.
Beliau berkata motosikal yang digunakan suspek telah dicuri di sekitar Serdang sebelum ini.
Kedua-dua suspek sedang direman.
Sumber : mStar Online
Hangat Dari Internet Raya:
Perempuan Berani\..Tekat Mengejar Dan Melanggar Kesemua Peragut..
4/
5
Oleh
Unknown
Apa komen anda?