Rabu, 20 Januari 2016

BANANA SPLIT SMOOTHIE (DESSERT)


BANANA SPLIT SMOOTHIE (DESSERT)
=================================================

Bahan-bahan Utama:
++ Pisang (wajib)
++ Ais Krim (wajib)
++ Coklat Cair / Cecair Sirap

Bahan-bahan tambahan:
++ Wafer gulung
++ Kiwi
++ Buah Cherry
++ Koko Krunch
Bahan-bahan hiasan:
++ Kacang - telah dikisar
++ Serbuk Milo
++ Coklat chip

Tuan puan adalah digalakkan untuk menyediakan dahulu bahan-bahan diatas, letakkannya diatas bekas / pinggan dan simpan dahulu ais krim di dalam peti sejuk... ini kerana ais krim (bergantung pd brand) cepat cair di suhu bilik...

=============

#1... Seperti diberitahu, sediakan dahulu bahan2......... belah pisang kepada 2 bahagian... Untuk hiasan, hiris pisang kecil-kecil... kalau ada buah2 lain untuk hiasan seperti kiwi, hiris juga kecil-kecil...

#2... Apabila bahan2 sudah disediakan, susun pisang yang telah dibelah dan letakkan di sebuah pinggan lain... susun dekorasi-dekorasi bahan2 tambahan yang perlu spt koko crunch, wafer gulung, buah kiwi dan buah cherry...

#3... Setelah siap disusun, letakkan ais krim diatas pisang/bahan2 tersebut

#4... Tuangkan cecair coklat tadi ke atas banana split......... mungkin ada yang berminat dengan perisa lain bole try perasa sirap ;) cikgu ina guna brand Hershey's......... harganya RM11 lebey......... ada jugak yg kata brand TESCO pun not bad, harga RM10 lebih...

Untuk tujuan tutorial ini, cikgu ina telah buat dua versi......... satu versi cantik, satu lagi versi sedap......... so boleh la buat mana versi pun ;)

#5... Akhir sekali taburkan saki baki hiasan seperti kekacang, coklat chip, serbuk milo...

#6... Siapppp!

SELAMAT MENCUBA !

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

BANANA SPLIT SMOOTHIE (DESSERT)
4/ 5
Oleh

Apa komen anda?